1. Teknik Menulis Pengenalan (1 perenggan)
Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) +
Tema
Ayat 2 - CPW + Huraian Tema
Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Kehendak
soalan)
Ayat 5 - Peribahasa
Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 - Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan …….(tema karangan)…….
Ayat 2 – Dalam hal ini, …… (huraian tema karangan)………
Ayat 3 – Sebagai contohnya, ….(contoh)……
Ayat 4 - Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa, ….(kehendak soalan) ….
2. Teknik Menulis Isi-isi penting
(3@5 isi – 1 isi 1 perenggan)
Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Kehendak Soalan
Ayat 2 - CPW + Huraian Kehendak Soalan
Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Rumusan Kehendak Soalan)
Ayat 5 - Peribahasa
Isi-isi penting:
Perenggan Isi pertama :
Ayat 1 - Umum mengetahui bahawa .(kehendak soalan)…….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini berlaku disebabkan….( huraian isi 1)……
Ayat 3 – Sebagai misalannya,….(contoh)……..
Ayat 4 - Bertitik tolak daripada itulah…… (kesimpulan kecil)…….
Perenggan Isi kedua:
Ayat 1 - Sebagaimana yang kita maklumi…….(isi 2)……
Ayat 2 – Pada hemat saya, …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Contoh yang boleh diketengahkan ialah,……(contoh)…..
Ayat 4 - Jelaslah bahawa.…...(kesimpulan kecil) …..
Perenggan Isi ketiga:
Ayat 1 - Selain itu, pada masa ini juga …..(isi 3)…
Ayat 2 – Gejala/perkara ini berlaku kerana..( huraian isi 3)…
Ayat 3 – Tamsilnya,……(contoh)…….
Ayat 4 – Oleh itu,………(kesimpulan kecil)……
Perenggan Isi keempat :
Ayat 1 - Pada zaman pascakemerdekaan in…..(isi 4)….
Ayat 2 – Bukan itu sahaja … ..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai contohnya,….(contoh)……
Ayat 4 – Natijahnya,……(kesimpulan kecil)…
Perenggan Isi Kelima :
Ayat 1 - Dasawarsa ini …..(isi 5)….
Ayat 2 –Dalam konteks ini….(huraian isi 5)….
Ayat 3 –Biar kita ambil contoh …(contoh)…
Ayat 4 -Lantaran itu sehingga kini ….. (kesimpulan kecil)….
3. Teknik Menulis Penutup (1 perenggan)
Ayat 1 - CPW + rumusan tema dan kehendak
soalan
Ayat 2 - Ayat Cadangan dan Harapan anda
Ayat 3 - Peribahasa
Perenggan Penutup
Ayat 1 - Akhirulkalam,dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa …(tema karangan) …..
Ayat 2 – Demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-sama berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ….(tema karangan)…..
Ayat 3 - Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Ayat 4 - Diharapkan semua pihak, dapat…… dan kerjasama daripada pelbagai lapisan masyarakat………..